Title Bar IE

Sejak akhir-akhir ini, virus baru yang diketahui telah menggunakan Internet Explorer sebagai mangsanya dengan meninggalkan kesan Hacked by IIC Team, Pokemon, Haha, Mawar, Spa Q dan sebagainya.

Hacked by IIC Team

Di sini disediakan cara mudah untuk mengembalikan Title Bar anda kepada yang asal iaitu “Interner Explorer”

Penyelesaiannya adalah, anda buka note pad anda. Copy dan pastekan code dibawah.

[HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Internet Explorer\Main]
"Window Title"="Internet Explorer"

Kemudian save file as ‘iename.reg’. Pastikan format file adalah ‘.reg’
dan bukan ‘.reg.txt’. Kemudian double click pada file yang anda simpan tadi.

Are you sure?
Tekan pilihan Yes

Successful
Dan kemudian tekan OK

Jika tertera Regedit Disabled by Administrator

Sila lakukan proses enable Registry dengan merujuk artikel ini dahulu dan kemudian kembali ke artikel ini.

Jika anda telah melakukan proses ini dan masih tidak ada perubahan, ini maknanya virus itu masih ada lagi. Antivirus yang anda ada mungkin belum update.

Tinggalkan komen