Virus terbaru mampu curi kata laluan Facebook

BOSTON: Penggodam membanjiri Internet dengan spam dicemari virus yang mensasarkan kira-kira 400 juta pengguna Facebook.

Ia dibangunkan dengan tujuan khusus iaitu mencuri kata laluan perbankan dan mengumpul maklumat sensitif pelanggan.

Menurut pembangun perisian anti-virus, McAfee Inc, pelanggan akan menerima e-mel mengarahkan kata laluan akaun Facebook perlu diset semula, di mana pengguna diarahkan membuka lampiran supaya daftar masuk baru (login) diperoleh. Syarikat itu berkata, sekiranya lampiran itu dibuka, ia akan memuat turun beberapa jenis perisian yang boleh mengancam keselamatan maklumat penting seperti kemungkinan kata laluan dicuri.

Sementara itu, jurucakap Facebook, berkata syarikat itu tidak dapat memberikan ulasan lanjut berhubung kes terbabit, tetapi mengarahkan pihak media untuk mengunjungi laman webnya bagi mendapatkan maklumat terkini seperti memberi amaran kepada pengguna berhubung e-mel palsu dan menyarankan supaya membuang e-mel terbabit. – http://www.reuters.com

P/S Doktor Komputer: Tidak perlu meletakkan detail penting diri dalam laman sosial.Cukup nama samaran @ nickname yang dikenali rakan.

18 thoughts on “Virus terbaru mampu curi kata laluan Facebook

  1. Pernah tak tengok fake page profile yang wujud di facebook?ada keluar macam2 link yang kononnya suggest by kawan dalam friend list.berhati2 sbb link2 tu mampu mencuri katalaluan dari cookies yang tersimpan komputer anda.

  2. salam bace blog saya ni . saya terkena virus terbaru di facebook , mcm mane nak mngatasinya ??

    ctnurshuhada.blogspot.com

    • Cara terbaik utk elakkan dari password dihack oleh org len, jgn klik pada mana2 link yg pelik2 kat facebook..kalo boleh,copy link dan buka di tab baru

  3. adakah dgn menerima permintaan rakan yg mgunakn aplikasi add birthday boleh myebabkn virus..ini kerana selepas saya mnerima aplikasi tsebut fb sya rosak saya tidak dapat mbaca mbaca halaman fb dsebabkn semua perkataan bertindih2…

  4. leh tlng ajar saye cmne nk tau password owng lain dngn mnggunekn care lain…n care untuk curi password komputer orng lain

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s