Open source untuk bina laman web

Mungkin ada diantara kita yang terlalu sibuk sehinggakan tiada masa untuk membina laman web sendiri dan mungkin juga ada diantara kita yang sememangnya kurang mahir dalam membina laman web. Syukur kini telah banyak open source atau sistem percuma yang dibekalkan oleh organisasi tertentu bagi membantu mereka yang kurang mahir atau berkemampuan dalam menyediakan laman web sendiri. Antara open source yang boleh anda muatturun dan cuba sendiri adalah:

1. Joomla – Open source ini menjadi antara yang paling diminati oleh webmaster dari seluruh dunia. Sesuai digunakan bagi apa jua jenis laman yang anda ingin bina samada ecommerce,profil syarikat,laman persendirian malah ada yang menjadikan joomla sebagai laman social networking seperti facebook kerana joomla mempunyai plugins and modules yang sangat menarik dan berguna. InsyaAllah saya akan mengeluarkan manual bagi web admin Joomla. Jadi anda tidak perlu lagi membayar untuk menghadiri kelas seminar joomla.=). Download Joomla.

2. PhpBB – Merupakan open source bagi mereka yang ingin membuka sesuatu forum. Sesuai bagi mereka yang memiliki organisasi atau persatuan mahupun kelab-kelab tertentu. Download phpBB.

3. Moodle – Bagi warga pendidik, ini merupakan opensource yang terbaik bagi menjayakan pendidikan dalam talian. Mempunyai ciri-ciri seperti kuiz,tugasan,nota,forum,chatting dan berupaya berfungsi sebagai laman web sekolah,moodle merupakan pilihan tepat bagi membantu pelajar ke tahap yang lebih baik. Ini merupakan salah satu contoh laman web yang menggunakan moodle. Download Moodle.

4. WordPress – Mungkin ramai yang sudah mahir menggunakan wordpress. Sesuai bagi laman blog persendirian dan pelbagai kegunaan. Anda boleh meletakkan google ads ke dalam wordpress,asalkan anda tahu serba sedikit coding dalam php. Tutorial banyak terdapat diinternet. Download WordPress.

Dan banyak lagi open source bagi content management yang boleh anda miliki diinternet. Mungkin anda akan menghadapi sedikit kesukaran dalam installation setiap open source tersebut atau kurang memahami pada bahagian administration. Anda boleh meninggalkan mesej atau komen di shahuthm@gmail.com bagi sebarang pertanyaan mahupun pandangan. Terima kasih.

3 thoughts on “Open source untuk bina laman web

  1. saya nak buat quiz science beserta analisis utk pelajar saya. saya kurang mahir dlm web development jd apa cdgn tuan open source yg sesuai..anyway saya akan cuba browse cdgn tuan di atas. t.kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s