Baiki DLL files dalam komputer

Ada diantara kita menghadapi masalah spyware namun mereka tidak pernah mengetahuinya, malah ada yang sanggup berhabisan duit dengan hanya format atau membeli perkakasan baru untuk meningkatkan prestasi komputer walhal masalah sebenar mereka datangnya dari spyware kerana spyware mampu menganggu kelajuan komputer anda. Spyware juga boleh mengubah settings dalam komputer anda tanpa empunya komputer menyedarinya. Spyware…

Tips Penjagaan Laptop Anda

Tahun lepas saya membeli laptop compaq presario cq40 dan menggunakannya hampir 1 tahun. namun beberapa minggu lalu saya menghadapi masalah pada skrin dan ini adalah kesan daripada saya kurang memberi perhatian dan mengambil ringan terhadap pemasangan plug yang lama walaupun bateri telah penuh. Skrin laptop saya menghadapi masalah dan bergaris dibawahnya. Jadi saya menasihati sesiapa…

Google hack memudahkan carian di google

Salam ramadhan.=).Tinggal beberapa hari lagi kita bakal merayakan hari lebaran yang bakal menjelma. Doktor komputer disini ingin mengucapkan selamat menyambut aidilfitri,maaf zahir dan batin.=). Kali ini kita akan belajar bagaimana untuk menceroboh masuk ke directory laman web dan memuatturun file yang ada didalam la laman tersebut.=) Jika anda seorang yang tidak suka untuk membayar bagi…

Harga Komputer Terkini Di Malaysia

Ada diantara kita yang gemar membeli barang komputer menjelang event PC Fair yang dianjurkan di shopping complex mahupun di dalam Universiti. Jadi saya disini mengambil kesempatan untuk memberikan beberapa senarai harga komponen komputer sebagai guide anda sebelum membeli di pc fair. Sekurang-kurangnya anda mempunyai aim sendiri dan tidak menyesal setelah membeli. Bagi memudahkan anda membandingkan senarai harga komputer terkini di Malaysia,anda boleh download senarai harga yang ada. Sila klik sini untuk memuatturun senarai harga komputer. Antara tips sebelum anda membeli komputer,notebook mahupun laptop, pastikan performance bersesuaian dengan kehendak anda. Bagaimana untuk mengetahui kehendak anda? Mudah, dengan mengenali tujuan anda memiliki komputer anda…

Teamviewer-Kawal komputer rakan anda dari jauh(Remote Access)

Baru-baru ini saya ada berjumpa rakan yang masih lagi belajar di sebuah IPTA tempatan. Pada mulanya pertemuan kami sekadar untuk membantu dia menyiapkan final projeknya. Maklumlah,lagi beberapa minggu dah nak present final projek. Namun semasa saya tengah edit projek rakan saya, dia telah introduce satu software yang bagi saya menarik dan sangat berguna bagi orang ramai. Software ini dinamakan temviewer bertindak sebagai remote access iaitu anda boleh mengawal komputer anda yang berada dimana jua dengan syarat dia juga mendapat access internet. Ini adalah gambar interface software tersebut: Jadi bagaimana untuk menggunakannya? Disini terdapat beberapa langkah mudah untuk anda menggunakannya: 1. Anda install dan ‘run’kan software tersebut dan tunggu sehingga anda diberikan session id untuk pc atau laptop anda. 2. Jika anda mahu mengawal pc…

Pengodam jual akaun facebook

Waaa…baru-baru ini kita digemparkan dengan hacker curi akaun facebook. sebelum saya berikan tips menghalang akaun dari digodam, ni sedikit beritanya: WASHINGTON: Seorang penggodam Russia bernama Kirllos menawarkan 1.5 juta akaun Facebook pada harga rendah, lapor firma komputer VeriSign’s iDefense. Pembeli yang mempunyai kurang ‘10 sahabat’ dalam akaun laman web itu boleh membeli 1,000 akaun pada harga AS$25 (RM85) manakala pemilik lebih 10 sahabat boleh membelinya pada harga AS$45 (RM153). Firma komputer itu menganggarkan Kirllos sudah mencuri satu setiap 300 pemilik akaun Facebook. Antara yang ditawarkan termasuk kod laluan. Apa yang tidak diketahui ialah sama ada alamat emel atau kod laluan itu sahih. Data firma Symantec pula menyatakan, maklumat itu biasanya dijual pada harga AS$1 (RM3.40) hingga AS$20 (RM68). Sehingga ini, 700,000 akaun sudah dijual. Semua kesan menunjukkan urusan jual beli akaun berkenaan juga sudah dilenyapkan. Pengguna yang mendapati alamat emal dan kod laluan mereka digunakan menghadapi risiko identiti mereka dicuri serta menjadi sasaran penipuan lebih serius. Awal tahun ini dia menawarkan 100,000…

Semakan Temuduga Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah KPLISR Ambilan Jun 2010 Dan Tips Temuduga

Semakan Temuduga Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah KPLISR Ambilan Jun 2010 Terkini: Semakan nama calon berjaya ditemuduga secara online ditunda kepada 17 April 2010 (Sabtu). (Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Penyataan Hasrat melalui internet) Semakan boleh dilakukan di http://apps.emoe.gov.my/kpli/tdjun2010/. Semoga Anda Layak Temuduga! Tips Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah KPLISR Ambilan Jun 2010: Diingatkan bahawa sesi temuduga KPLI terdiri kepada 2 bahagian iaitu temuduga secara berkumpulan dan temuduga secara berseorangan atau individu.  Temuduga secara berkumpulan: Kebiasaanya soalan yang perlu dibincangkan adalah berbentuk permasalahan mahupun isu-isu semasa yang sedang melanda disekolah. sebagai contoh masalah displin pelajar,bimbingan dan kaunseling di sekolah dan sebagainya. anda dinasihatkan untuk menonjolkan diri bersama rakan yang lain dan menjadi seorang berpengaruh dalam kumpulan. cuba kawal hala tuju perbincangan supaya teratur dan berada dilandasan yang betul kerana anda juga perlu membantu rakan-rakan yang lain.Ingat, markah anda juga sedikit sebanyak bergantung kepada mereka juga. Contoh soalan : Jika kamu diberi kuasa untuk membuat tindakan bagi mengurangkan masalah displin pelajar, apakah tindakan kamu? Temuduga secara individu: soalan kebanyakan bergantung kepada penemu duga terbabit tetapi kebiasaannya soalan adalah seperti latar belakang calon,latar belakang pendidikan,isu pendidikan, PPIP ,Falsafah pendidikan negara, atau yang…