Tips Penjagaan Laptop Anda

Tahun lepas saya membeli laptop compaq presario cq40 dan menggunakannya hampir 1 tahun. namun beberapa minggu lalu saya menghadapi masalah pada skrin dan ini adalah kesan daripada saya kurang memberi perhatian dan mengambil ringan terhadap pemasangan plug yang lama walaupun bateri telah penuh. Skrin laptop saya menghadapi masalah dan bergaris dibawahnya. Jadi saya menasihati sesiapa yang mempunyai laptop agar mengikuti beberapa tips penting dalam penjagaan hardware laptop:

1. Jangan teruskan charge jika bateri laptop telah penuh kerana ini akan mengurangkan jangka hayat bateri dan lebih teruk apabila ada sebahagian model laptop yang sensitif pada voltage dan memberi kesan kepada skrin laptop anda.

2. Jangan benarkan sebarang objek yang boleh menghasilkan haba atau radiasi dekat dengan laptop.

3. Jangan letakkan sesuatu objek walaupun ringan diatas keyboard laptop anda kerana ini menyebabkan keyboard mudah rosak.

4. Jangan letakkan makanan atau minuman berdekatan dengan laptop,dikhuatiri akan tertumpah pada laptop anda.

5. Pastikan wayar charger laptop anda tidak berpintal dan tidak longgar pada hujungnya kerana ini boleh mengundang kepada kebakaran.

6. Jangan benarkan objek terkena pada skrin laptop kerana dikhuatiri akan calar.

7. Jangan amalkan membiarkan laptop anda idle atau kerap hibernate. Lebih baik anda shutdown jika anda tidak mahu lagi menggunakannya.

8. Selalu bersihkan keyboard laptop anda dengan berus bersih bagi mengelakkan objek kecil masuk ke keyboard.

9. Apabila anda surf internet,pastikan laptop anda dilindungi firewall/antivirus. Terdapat firewall dan antivirus percuma disini yang mampu melindungi laptop anda.

10. Apabila menggunakan LCD atau projector dengan laptop,pastikan kipas LCD atau projector jauh dari laptop anda.

Ada banyak lagi langkah-langkah penjagaan laptop yang anda boleh cari dan baca dari majalah-majalah IT mahupun internet.

4 thoughts on “Tips Penjagaan Laptop Anda

  1. Assalamualaikum.
    Saya nak tanya satu soalan. Harap sesiapa dpt tolong saya.

    – Adakah kipas @ CPU Cooling Fan kat laptop COMPAQ Presario V5000 hanya berpusing seketika saja apabila laptop tu di ‘ON’ kan?
    Ataupun adakah kipas itu hanya akan berpusing spt biasa apabila laptop sdg digunakan seketika kemudian?
    Masalah saya – Kipas tu berpusing kejap je dlm bbrp saat k’dian dia stop apabila laptop tu telah di ‘ON’ kan. Apakah penyelesaian kpd masalah ini?
    * Habuk atau sebrg benda asing mmg takde kat kipas tu.

    Terima kasih kpd yg sudi tlg menjwb.

    • bagaimana en nazri tahu kipas akan berhenti seketika kemudian? adakah dgn dgr bunyi kipas @ en nazri bukak sendiri belkg laptop? en Nazri pnh tekap dibelkg laptop ms kipas b’henti berpusing? panas @ tak?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s