Pengodam jual akaun facebook

Waaa…baru-baru ini kita digemparkan dengan hacker curi akaun facebook. sebelum saya berikan tips menghalang akaun dari digodam, ni sedikit beritanya:

WASHINGTON: Seorang penggodam Russia bernama Kirllos menawarkan 1.5 juta akaun Facebook pada harga rendah, lapor firma komputer VeriSign’s iDefense.

Pembeli yang mempunyai kurang ‘10 sahabat’ dalam akaun laman web itu boleh membeli 1,000 akaun pada harga AS$25 (RM85) manakala pemilik lebih 10 sahabat boleh membelinya pada harga AS$45 (RM153).

Firma komputer itu menganggarkan Kirllos sudah mencuri satu setiap 300 pemilik akaun Facebook. Antara yang ditawarkan termasuk kod laluan. Apa yang tidak diketahui ialah sama ada alamat emel atau kod laluan itu sahih.

Data firma Symantec pula menyatakan, maklumat itu biasanya dijual pada harga AS$1 (RM3.40) hingga AS$20 (RM68). Sehingga ini, 700,000 akaun sudah dijual.

Semua kesan menunjukkan urusan jual beli akaun berkenaan juga sudah dilenyapkan.

Pengguna yang mendapati alamat emal dan kod laluan mereka digunakan menghadapi risiko identiti mereka dicuri serta menjadi sasaran penipuan lebih serius.

Awal tahun ini dia menawarkan 100,000 akaun kepada sesiapa yang berminat. – Agensi

Sumber:www.bharian.com.my , 27 April 2010

Sekarang saya nak memberi sedikit tips bagaimana untuk memastikan akaun facebook anda selamat:

1.Pastikan password anda menggunakan kombinasi alphanumberic+karakter seperti “><,?/;} dan macam-macam lagi atau cari secure password generator yang ada di internet seperti pctools.com. Ada software hacking yang menggunakan brute force method untuk meneka kombinasi username dan password. Ada diantara kita yang hanya menggunakan nama penuh, 6 digit awalan dalam no.ic,tarikh lahir seseorang atau perkataan yang popular sebagai password mereka.

2. Sentiasa clear cookies dalam browser anda dengan menggunakan CCleaner bagi mengelakkan tools hacking discover pc cookies dan memberikan peluang kepada hacker untuk decrypt cookies dan mengetahui kandungan akaun kita.

3.Dalam akaun facebook,dinasihatkan jangan memberitahu detail diri anda dengan terlalu terperinci. Cukup sekadar nama dan alamat email.

4.Kerap tukar password anda.Kadangkala,hacker dah pun masuk ke dalam akaun anda,cuma tiada tindakan diambil,jadi dengan kekerapan menukar password akan menyukarkan hacker untuk memasuki kembali akaun kerana untuk mengodam satu akaun mengambil masa yang agak lama lebih2 lagi jika password telah diencrypt.

2 thoughts on “Pengodam jual akaun facebook

    • Hahaha..saya tak rasa yang facebook sanggup jual akaun orang sebab mereka sendiri ada etika syarikat yang kena patuh..hacker memang pandai..bagi diorang xde mende yang secure sbb dah banyak dah yang kene hack.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s