Semakan Temuduga Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah KPLISR Ambilan Jun 2010 Dan Tips Temuduga

Semakan Temuduga Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah KPLISR Ambilan Jun 2010

Terkini:

  • Semakan nama calon berjaya ditemuduga secara online ditunda kepada 17 April 2010 (Sabtu). (Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Penyataan Hasrat melalui internet)
  • Semakan boleh dilakukan di http://apps.emoe.gov.my/kpli/tdjun2010/.

Semoga Anda Layak Temuduga!

Tips Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah KPLISR Ambilan Jun 2010:

Diingatkan bahawa sesi temuduga KPLI terdiri kepada 2 bahagian iaitu temuduga secara berkumpulan dan temuduga secara berseorangan atau individu.

 Temuduga secara berkumpulan:

  • Kebiasaanya soalan yang perlu dibincangkan adalah berbentuk permasalahan mahupun isu-isu semasa yang sedang melanda disekolah.
  • sebagai contoh masalah displin pelajar,bimbingan dan kaunseling di sekolah dan sebagainya.
  • anda dinasihatkan untuk menonjolkan diri bersama rakan yang lain dan menjadi seorang berpengaruh dalam kumpulan.
  • cuba kawal hala tuju perbincangan supaya teratur dan berada dilandasan yang betul kerana anda juga perlu membantu rakan-rakan yang lain.Ingat, markah anda juga sedikit sebanyak bergantung kepada mereka juga.
  • Contoh soalan : Jika kamu diberi kuasa untuk membuat tindakan bagi mengurangkan masalah displin pelajar, apakah tindakan kamu?

Temuduga secara individu:

  • soalan kebanyakan bergantung kepada penemu duga terbabit tetapi kebiasaannya soalan adalah seperti latar belakang calon,latar belakang pendidikan,isu pendidikan, PPIP ,Falsafah pendidikan negara, atau yang terbaru Standard Guru Malaysia,nama-nama penting dalam pendidikan seperti pengarah-pengarah dan sebagainya dan soalan wajib-mengapa anda ingin menjadi guru?
  • soalan-soalan diatas hanyalah kemungkinan.anda perlulah bertanya kepada mereka yang pernah melalui temuduga itu sendiri kerana lain orang,lain ragamnya.sekurang-kurangnya anda telah pun bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku.

Selamat Berjaya!=)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s